Wednesday, March 13, 2013

Assalamualaikum...

rasanya dah lama sesangat x update blog nih... Sesuai dengan semangat baru nih, saya dh tukar nama blog. Jika dulu saya selesa berceloteh dengan "celotehmama.blogspot", tahun ni saya dah mula berazam untuk mengajar anak-anak dirumah dengan lebih konsisten. So, nama blog pun saya dah ubah kepada "homeschoolwithmama.blogspot". Sangat bersemangat sejak anak kedua masuk tadika. Walaupun baru tadika, nampaknya saya ada tanggungjawab tambahan dalam rutin harian saya.

Waktu pagi adalah sangat padat. Pukul 7.20pagi saya akan hantar yg sulung ke sekolah agama , then balik semula rumah untuk kejutkan si adik pulak. Selepas 'berperang' dengan adik yang macam-macam kerenah, pukul 8.00 -8.15 pagi saya akan hantar dia pulak. Selesai sesi awal pagi.

Kemudian singgah gerai beli sarapan pagi, masuk pulak pasar mini beli barangan basah untuk dimasak sekejap lagi. Sampai rumah, sarapan dulu dengan Mr. Big Boss (hubby la tuh ) dan juga si kecik Isyraq (2 tahun).

9.30-11.00 pagi adalah masa mendobi dan memasak makanan tengahari. Jam 11.00pagi saya keluar pegi ambil kakak dulu. Then, balik rumah. Kakak akan lunch dulu, tukar baju & relax. Jam 12 thgari saya gi jemput adik pulak di tadika. Sampai rumah, biasanya dia sangat lapar. Hehehe... jadi, layan dia makan dulu sambil saya pun makan sekali. 12.45 tengahari, keluar pulak antar kakak ke sekolah kebangsaan.


Fuh...! berpeluh2 rasanya time cuaca panas begini. Nasib baik la jarak semua sekolah anak-anak ni masih sekitar Puncak Alam. Paling jauh pun sekolah agama si kakak yg jarak perjalanan cuma 6 minit. Sekolah Kebangsaan pulak jaraknya x sampai 1km pun (measure ikut google maps..hehehe ).

Begitulah sampai jam 1.00 ptg setiap hari...

Selepas Solat Zohor, biasanya anak paling bongsu akan tido. So, masa ni la saya akan reply email2 yg terbaru, siapkan order cupcake @ coklat. Sampai lah selepas Asar. Pukul 6.30ptg gi jemput Izzati dari sekolah.

Time lewat petang macam tu adalah masa diaorg main di luar rumah. Masa ni lah saya ambil kesempatan masak untuk dinner sehingga lah azan maghrib.

Selepas dinner, monitor izzati buat keje sekolah,sambil layan lagi 2 hero tu main , dsb. Pukul 10.00 malam dah kerah diaorg tidur. kalau tidak, nak menonton TV je la sampai tgh malam.

Kebiasaannya hari sekolah macam ni lah. Jadual memang padat. Samada kita suri bekerja @ suri dirumah sepenuh masa, Saya yakin kita semua punya jadual dan masa yang padat. Tiada istilah duduk dirumah banyak masa, cuma kelebihannya saya punya masa yang sangat fleksi.

Alhamdulillah. Banyak perkara positif yang berlaku pada diri dan keluarga tatkala keputusan untuk tidak bekerja dibuat pada 2007. Tahun ini sudah masuk tahun ke-6 dan segalanya berjalan lancar dengan izin dari Allah Yang Maha Esa.


Ok, jumpa lagi. :)











Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian